Pengenalan
Sekolah Rendah Islam As-Syakirin (KAFA) adalah sekolah yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam, Selangor ( JAIS ) telah memulakan operasinya pada tahun 2001. Sekolah ini menawarkan matapelajaran agama yang menggunakan sukatan pelajaran JAIS dan juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ).
Pengambilan pelajar bermula dari Darjah 1 hingga ke Darjah 6.
Pelajar-pelajar Darjah 5 akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa ( UPKK ) yang dikelolakan oleh JAKIM dan pelajar Darjah 6 akan menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Agama ( PSRA ) yang dikelolakan oleh JAIS.
Kedua-dua peperiksaan ini akan menjadi pra-syarat pengambilan pelajar ke Sekolah Menengah Agama di bawah JAIS.
Pakej Persekolahan
Kemudahan Mengaji
Iqra / Al-Quran
Kemudahan Taska & Transit
lihat destinasi
| TAHAP 1 (DARJAH 1-3) | TAHAP 2 (DARJAH 4-6) |
| • Feqah | • Semua subjek tahap 1 |
| • Akhlak | • Tambahan 4 subjek : |
| • Tauhid | Tajwid |
| • Hafazan | Khat |
| • Tilawah Al-Quran | Sirah |
| • Asas Jawi | Imlak |
Syarat Kemasukan Murid SRI TCU
- Warganegara Malaysia sahaja
- Telah mendaftar di Sekolah Kebangsaan
- Pernah bersekolah agama
- Boleh mengaji dan membaca al-quran

Nota:
1) Yuran Pendaftaran
● Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan
2) Yuran Tahunan
● Yuran tahunan perlu dijelaskan sebelum bermula sesi persekolahan
● Yuran tahunan tidak akan dikembalikan
3) Yuran Bulanan
● Yuran bulanan perlu dijelaskan sebelum 5 haribulan pada setiap bulan
4) Diskaun Yuran
● Tolakan 7% untuk pembayaran yuran secara lump sum setahun.
● Tolakan 10% untuk yuran sekolah bagi yang mempunyai 3 beradik dan ke atas.
CARA PEMBAYARAN YURAN
a) Cek berpalang atas nama AS SYAKIRIN LEARNING GROUP SDN BHD
b) Pindahan tunai atau deposit ke akaun BANK MUAMALAT 1402-0003-5187-17 ; rujukan (nama pelajar,bulan bayaran & kelas)
c) Bukti pembayaran perlu diserahkan ke Pejabat Pentadbiran Sekolah atau emelkan ke [email protected] beserta maklumat lengkap anak.
Waktu Pengajian
Waktu Persekolahan Sekolah Rendah Islam As Syakirin (KAFA) mempunyai 2 sesi iaitu :
Sesi Pagi : 7.30 pagi sehingga 10.30 pagi
Tahun 1, 2 & 3 sahaja
Sesi Petang : 2.30 petang sehingga 5.30 petang
Tahun 4,5 & 6 sahaja
Aktiviti & Ko-kurikulum
- Seminar & Motivasi Pelajar
- Kursus Kepimpinan Pelajar
Pendaftaran KAFA As-Syakirin
Kemasukan pelajar ke KAFA As-Syakirin telah dibuka. Klik disini untuk borang pendaftaran












